Moyang Terengganu Pencipta Tulisan Jawi
Moyang Terengganu mencipta Tulisan Jawi. Itulah tajuk yg sesuai sesi membedah batu bersurat kali ini. Ini adalah siri ke-4. Jika yg baru baca di sini, boleh pergi ke wall sy utk baca siri sebelumnya. Baik, penulisan pada kali ini saya bersandarkan kpd hasil kajian adi yasran. Artikelnya bertajuk “sumbangan batu bersurat piagam Terengganu manuskrip Terawal di nusantara terhadap tulisan jawi”. Diyakini oleh para pengkaji bahawa, tulisan terawal menggunakan tulisan jawi di nusantara. Dengan kata lain, moyang di Terengganu telah berjaya menyedut kaedah penulisan arab ke dalam penulisan melayu. Sesungguhnya, ini adalah sumbangan terbesar yg dilakukan oleh moyang2 Terengganu, yg mana kesannya telah dijadikan sebagai bahasa komunikasi penting (linggua Fransa) utk rantau nusantara. Akhirnya tulisan melayu merebak ke seluruh semenanjung, borneo, selatan Thai, Aceh, Palembang, Pulau Jawa, dan lain2 lagi. Sehingga kini belum lagi ditemui artifak2 lain di nusantara yg menggunakan tulisan jawi...