Moyang Terengganu Pencipta Tulisan Jawi
Moyang Terengganu mencipta Tulisan Jawi. Itulah tajuk yg sesuai sesi membedah batu bersurat kali ini. Ini adalah siri ke-4. Jika yg baru baca di sini, boleh pergi ke wall sy utk baca siri sebelumnya.
Baik, penulisan pada kali ini saya bersandarkan kpd hasil kajian adi yasran. Artikelnya bertajuk “sumbangan batu bersurat piagam Terengganu manuskrip Terawal di nusantara terhadap tulisan jawi”.
Diyakini oleh para pengkaji bahawa, tulisan terawal menggunakan tulisan jawi di nusantara. Dengan kata lain, moyang di Terengganu telah berjaya menyedut kaedah
penulisan arab ke dalam penulisan melayu.
Sesungguhnya, ini adalah sumbangan terbesar yg dilakukan oleh moyang2 Terengganu, yg mana kesannya telah dijadikan sebagai bahasa komunikasi penting (linggua Fransa) utk rantau nusantara.
Akhirnya tulisan melayu merebak ke seluruh semenanjung, borneo, selatan Thai, Aceh, Palembang, Pulau Jawa, dan lain2 lagi.
Sehingga kini belum lagi ditemui artifak2 lain di nusantara yg menggunakan tulisan jawi seperti yg ada di batu bersurat Terengganu pada zaman sebelumnya.
Sekarang kita masuk kepada membedah batu bersurat ini. Lihat baris kedua dan di hujung ada disebut “Dendanya”. Selain daripada meminjam huruf2 arab, tapi ternyata moyang kita telah mencipta huruf baru yg sesuai dengan bahasa penduduk setempat, iaitu perkataan “NYA”. namun jika dilihat pada batu ini, huruf “NYA” ditulis tanpa titik 3 seperti jawi moden pada hari ini. Dan perkara ini tidaklah pelik kerana di awal huruf2 arab kuno juga ditulis tanpa titik, melainkan pada zaman dinasti Abbasiyah berjaya melengkapkan titik pada huruf2 alquran.
Huruf berikutnya yg direka oleh moyang kita ialah huruf dengan sebutan “GA”. Baris kelima di tengah2 perkataan “Bagi”. Ditulis "بكى" . Namun ketika ini ditulis tanpa titik, sehinggalah huruf “ga” moden ditulis dengan ada titik di atas.
Huruf berikutnya yg direka adalah huruf dengan bunyi. “Ca” "چ" baris ketiga di tengah ada ditulis “cucuku”. Namun pada batu bersurat ini meminjam huruf jim tanpa titik 3 seperti yg ada pada huruf “ca moden pada masa kini.
Itulah jasa besar yg telah ditinggalkan oleh moyang2 kita. Jika ditanya, utk apa moyang kita telah mengubah huruf2 aksara rencong, dan pengaruh aksara Pallava daripada india??
Jawapannya boleh kita simpulkan bahawa, inilah usaha2 yg telah dilakukan oleh moyang2 kita bagi memastikan anak cucunya nanti menjadi dekat dengan alquran, tanpa menghilangkan identiti melayu.
Dan kini sudah 700 tahun lamanya tulisan jawi ini diwariskan kepada kita. Lalu sudah pupuskah tulisan jawi di dalam dada anak2 melayu kini?? Jika anak tuan2 tidak boleh membaca jawi, seharusnya anda merasa bimbang dan risau kerana kesannya kepada 2 perkara. Satu, anak2 anda sudah hilang salah satu identiti melayu. Kedua, anak2 anda susah membaca alquran.
Sampai di sini sahaja, bedah kali ini utk bahagian D pada batu ini, masih banyak yg perlu sy letakkan pada tulisan ini tentang tulisan jawi, namun cukuplah sampai di sini, kerana bimbang menjadi tulisan yg terlalu panjang dan berat utk dibaca tuan2 di media sosial ini.
Sampai di sini, tuan2 baca sehingga habis ke? Masih berminat nak gali lagi peninggalan moyang kita?? Jika berminat komen “saya nak sambungan”. Cukup seratus komen baru sy terbitkan artikel baru. Terima kasih. Follow & share utk manfaat umat Melayu.

Comments
Post a Comment